Assalamualaikum
Berkurun lamanya ku tinggalkan tempat ini dengan harapan ada pembaca tapi tiada . Tidakku hirau jika tiada pembaca kerana ini adalah diari hidupku . Hahaha ayat mendalam semacam je . Well , kebelakangan ni asyik stalk kakak-kakak senior dulu post gambar dekat instagram je mesti ada pusi . Kalau baca je mesti tersentuh tapi tak nangislah . Macam terlekat dalam diri ni nak berpuisi dekat blog , harap tiada yang marah kalau rasa macam salah je ayat nanti baca ye . Saya sedang belajar .
Ku mulakan pagi dengan bismillah
Harapan ku agar hari ini lebih baik dari semalam ,
Seperti biasa aku akan ke sekolah
Melihat karenah manusia disekeliling ku
Aku mula berdiri di sudut bangunan
Memikirkan bagaimana agaknya tingkah laku ku
Tanpa ku sedari ada yang berkata negatif
Tidak ku duga mereka rakan seusia ku
Namun tak mengapa
Tiada yang sempurna kecuali Allah SWT
Aku teruskan hidup
Dengan bermuhasabah diri
Setiap hari
Setiap saat
Setiap minit
Aku mula sedar
Jangan pernah minta redha manusia
Allah murka
Minta redha daripadaNya
Maka yang lain pun redha
Sedar tak sedar
Masa berjalan dengan pantas
Pertemuan kita terlalu singkat
Aku rinduka semuanya
Kenangan yang sentiasa
Tersemat di hati .
Sahabat ,
Janganlah risau
Aku tidak akan lupa pada mu
Biarlah orang mengata persahabatan kita
Mereka cemburu
Hiduplah seperti biasa
Seperti melalui jalan yang lenggang
Jika kau letih
Aku berikan minuman
Jika engkau lapar
Aku suapkan makan
Jika kau sakit
Aku ubatkan
Jika engkau rindu aku
Usah risau
Aku sentiasa disisi mu
Aku berpesan ,
kepada mu dan juga diri ku
Jangan lupa dirikan solat
Janganlah leka dengan duniawi ini
Ingatlah dunia akhirat
Titian sirat yang semua geruni
Berdoalah
Tawakallah dikau kepadaNya
Usah berputus asa
Usah mengeluh penat
Berusahalah selagi mampu
Apa yang kau lakukan sekarang
Penentu masa hadapan
Sahabat,
Semoga bertemu lagi .
Peh pehh pehh ! Macam sajak dah ghupanya . Hahaha random dari otak . Tak salin tak copy . Kalau salah tu maaflah ye . Tak pernah berpuisi . Apa-apa pun aku dah cuba . Masih banyak yang perlu dipelajari . Hidup sebagai student , tak pernah ada masa lapang . Selagi ada homework , selagi itulah duduk terperap dalam bilik . Waktu makan baru keluar kemudian masuk balik . Sampai disini sahaja!
Note : Doakan aku cemerlang dalam peperiksaan awal tahun ini .
No comments:
Post a Comment