Assalamualaikum
Lama tak update blog , mungkin dah berkurun atau berdekad atau apa-apa jelah . Okay back to the topic yang dipaparkan diatas . Sudah disedia maklum bahawa tidur lewat amatlah tidak digalakkan apalagi bangun lambat . Zaman sekarang bukan anak bujang saja yang selalu lambat bangun , anak dara pun ada ye . Dah rupa macam janda takde anak hahaha .
Setiap manusia haruslah tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari agar proses de-toxification berjalan dengan lancar . Korang mesti fikir " apa benda proses de-toxification tu ? " hahaha sabarlah nak terang satu-satu ni . Okay ready ?
Ketahui bagaimana tubuh kita berfungsi :
( 9pm - 11 pm ) Malam
adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals( de-toxification) yang tidak diperlukan dalam sistem lymph nodes( antibodi ) . Ketika waktu inilah tubuh badan kita harus berada dalam keadaan tenang dan relax seperti berada di tepi pantai .
Nasihat : Ketika proses ini berlangsung adalah tidak digalakkan suri rumah melakukan sebarang kerja rumah atau menjaga anak kerana ini akan memberi kesan negatif pada kesihatan anda sendiri .
( 11pm - 1am ) Malam
proses de-toxification dalam hati , secara idealnya dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak .
(1am - 3am ) Tengah Malam
proses de-toxification pada hempedu , secara idealnya dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak juga .
( 3am - 5am ) Tengah Malam
proses de-toxification di bahagian paru-paru . Ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat . Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke pernafasan , kita tidak perlu mengambil sebarang ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses tersebut .
( 5am - 7am ) Pagi
berlakunya proses di bahagian usus besar dan anda haruslah mengosongkan usus anda ketika itu .
( 7am - 9am ) Pagi
penyerapan usus gizi pada usus kecil , kita harus mengambil sarapan ketika ini . Jika anda sakit , anda perlulah mengambil sarapan lebih awal iaitu pada pukul 6.30pagi . Jika anda ingin kekal cergas anda digalakkan untuk mengambil sarapan sebelum pukul 7.30pagi .
Nasihat : Kepada mereka yang selalu tidak ambil sarapan , diharapkan mengubah tabiat anda
kerana ini akan menganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh badan .
Haaa ! sekarang anda sudah tahu kenapa kita semua perlu tidur dengan cukup dan sempurna . Jadi mari sama-sama ubah tabiat yang teruk dalam diri kita ni dalam dengan kadar segera . Untuk pengetahuan wanita-wanita sekalian , tidur lewat dan bangun lambat boleh menyebabkan muka kita nampak tua dan kusam seperti tidak bermaya . Siapa nak cantik tu berkorbanlah sikit ye macam saya hahaha .
Sekarang saya nak kongsi punca-punca utama kalau selalu di biasakan tidur lewat anda itu . Salah satu daripada puncanya ialah Kerosakan Hati . Tak takut ke ? Sedarlah sebelum kena ye .
Punca Utama Kerosakan Hati
- tidur lewat dan bangun lambat adalah salah satu punca utamanya .
- tidak membuang air kecil di waktu pagi .
- terlalu banyak makan .
- tidak mengambil sarapan pagi .
- mengambil terlalu banyak ubat .
- megambil terlalu banyak bahan pengawet , aditif , perasa tiruan dan sebagainya .
- elakkan mengambil makanan berminyak ketika sedang letih melainkan anda betul-betul fit .
- mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban kepada hati .
p/s : thankyou for reading .
No comments:
Post a Comment