Wednesday, December 24, 2014

Aktiviti Harian

Assalamualaikum



Cuti-cuti goyang kaki ni memang seronok tapi yang tak seronoknya bila setiap hari ada je whitehead ataupun jerawat comel tumbuh dekat muka aku ni . Hilang keayuan ewahh . Dengan muka hitam legam sebab training netball kenalah terima seadanya dengan hati yang terbuka walaupun boleh dikatakan tak terbukalah sangat hati ni . Paling best bila dia tumbuh lagi 2 minggu nak sekolah hahahaha siap boleh nyanyi lagi " oh indahnya dunia ni sangattttttt ! " 



Pergi shopping mall cari barang sekolah pun rasa malu juga orang dok tengok muka ni lain macam , macam dalam iklan TM dekat tv3 tu " macam ada yang tak kena " . Takut nak tengok cermin sebab muka dah teruk sangat tapi takpelah kesah apa aku . Bila difikirkan lama-lama " ahh lantaklah biasalah remaja muka jerawat tak sudah , mana tahu dah besar nanti cantik macam nora danish kannn " , muka bangga lepas cakap macamtu padahal entah ye entah tidak .



Dah nak akhir-akhir ni selalu juga search google pasal " cara nak memutihkan muka " manalah tahu resepi-resepi tradisonal tu berjaya inshaAllah dengan rezeki Allah , amin . Fokus utama ' Jerawat ' adalah paling aku nak hilangkan tak kesahlah kalau muka hitam berbelak sekali pun janji licin haaa " hengko takpayah mimpi sangatlah tengahari buta ni syiqah " 



Bangun pagi-pagi lepas solat subuh tak tidur balik dah sebab orang kata bangun lambat nanti muka kusam hahaha kau tengoklah macam mana obsesnya aku nak jadi cantik tapi takde rezeki lagi . Cuci muka kalau boleh nak 4 kali sehari bukan tu je , setiap malam kena pakai putih telur dekat muka . MashaAllah ! sampaikan Puan Ibu pun dah naik meluat dengan aku asyik " ibu nak beli ni , elok untuk muka " , bila Puan Ibu dengar terus melolong tak pandang aku hahaha yela aku faham aku faham tak mengapalah .






Tabiat buruk lama aku mula balik iaitu ' Diet tak tentu masa ' hanya semata-mata nak kurus gitu bah . Apa aku selalu buat ialah makan maggi waktu pagi , tengahari tak makan , malam kena makan before pukul 9 . Tapikan " macam ada yang tak kena " hahaha nak kurus tapi maka maggi memang takkan menjadi , ye itu apa aku fikir mula-mula tapi takpelah . Jadi bila sekolah buka nanti kalau ada orang tegur " weh makin gemuk , muka makin bulat hahaha " automatically I'll cut their mouth with sharp knife . 




Notis : Doakan saya kurus dan putih melepak dalam masa yang terdekat ye . Terima Kasih

No comments:

Post a Comment