Wednesday, December 24, 2014

Selamat Malam

Assalamualaikum



sebenarnya nak tidur tapi dah dekat satu jam lebih pejam mata tapi tak dapat nak lena . Mungkin lepas solat tahajjud baru boleh lena inshaAllah hahaha . 30 minit before pukul 12 so i decided nak update blog , taktahulah kenapa . Cuti panjang tapi bosan baik aku menulis , maklumlah bakal budak PT3 kenalah praktis buat karangan 1000 patah perkataan eh ? 


Apa-apa pun aku rasa sejak petang tadi lepas beli makanan kucing , aku jadi sensitif . Sensitif tang emosi hahaha ewahh . Puan Ibu dengan Encik Ayah masing-masing sibuk dengan office , balik pun petang . Bila balik mestilah penat tapi aku ni ada je benda nak ditanya tapi niat tu terbatal sebab takut tak kena waktu . Tapi kadang kenalah juga bisa dia . Apalagi diam je , malas nak bertengkar .


Bila dah makin dewasa ni , sifat sabar memang penting dalam diri . Tapi nak belajar jadi penyabar ni allahuakhbar sakit hati nak menahan marah tapi kenalah sentiasa set dalam otak " orang sabar Allah suka " baru menjadi . Ini tak , sebab segelintir manusia dia cepat berang atau lebih dikenali sebagai ' Panas Baran ' .


Cerita pasal panas baran ni sebenarnya aku pun panas baran tapi sejak dua menjak bermenjak-menjak ni dah belajar macam mana nak control anger tu . Alhamdulillah ada kemajuan tapi kalau aku memang melenting , mengamuk semua haaa mohon berjaga-jaga takut yang masuk wad . Bukan nak kata aku ni ' tah pah hapa ' tapi hahaha mulut i memang agak kasar time mengamuk and idk why .


Dulu , alah dulu dulu bukan sekarang , bila mengamuk je semua ' bad word ' aku lepaskan . Katanya boleh melegakan perasaan hahahah " tok hanggg ! " lagi rasa nak marah adalah . Lagi-lagi bila orang tu membalas wahhhh ! 


So , moral of the story is hahahaha " excuse me ini bukan buku cerita ye " . Aku cuma nak nasihatkan untuk semua diluar sana dan diri aku sendiri , kalau rasa nak marah tu diharapkan batalkanlah niat anda . Cuma diamkan diri , duduk dalam bilik dengar lagu ataupun pergilah makan semampu yang boleh . Bazir air liuq je nak marah-marah orang , lagi-lagi remaja sekarang ni memang panas baran . Benda kecil gaduh sebesar yang boleh sampai masuk disiplin . 


Belajarlah bersabar . Tak susah pun , kalau susah pun ingatlah bahawa Allah suka orang yang penyabar ni . Engkorang tak hingin nak masuk syurga ke ? Hahahaha . Banyak-banyakkan beristighfar kalau tak pun pergi ambil wudhuk . Malam-malam buta ni saja nak kongsi serba-serbi kisah hidup sikit tapi terpesong jadi topik ' Control Marah Anda ' halamakkk ! Hahahaha .




Notis : Siapa disebelah anda ? Opss !



Aktiviti Harian

Assalamualaikum



Cuti-cuti goyang kaki ni memang seronok tapi yang tak seronoknya bila setiap hari ada je whitehead ataupun jerawat comel tumbuh dekat muka aku ni . Hilang keayuan ewahh . Dengan muka hitam legam sebab training netball kenalah terima seadanya dengan hati yang terbuka walaupun boleh dikatakan tak terbukalah sangat hati ni . Paling best bila dia tumbuh lagi 2 minggu nak sekolah hahahaha siap boleh nyanyi lagi " oh indahnya dunia ni sangattttttt ! " 



Pergi shopping mall cari barang sekolah pun rasa malu juga orang dok tengok muka ni lain macam , macam dalam iklan TM dekat tv3 tu " macam ada yang tak kena " . Takut nak tengok cermin sebab muka dah teruk sangat tapi takpelah kesah apa aku . Bila difikirkan lama-lama " ahh lantaklah biasalah remaja muka jerawat tak sudah , mana tahu dah besar nanti cantik macam nora danish kannn " , muka bangga lepas cakap macamtu padahal entah ye entah tidak .



Dah nak akhir-akhir ni selalu juga search google pasal " cara nak memutihkan muka " manalah tahu resepi-resepi tradisonal tu berjaya inshaAllah dengan rezeki Allah , amin . Fokus utama ' Jerawat ' adalah paling aku nak hilangkan tak kesahlah kalau muka hitam berbelak sekali pun janji licin haaa " hengko takpayah mimpi sangatlah tengahari buta ni syiqah " 



Bangun pagi-pagi lepas solat subuh tak tidur balik dah sebab orang kata bangun lambat nanti muka kusam hahaha kau tengoklah macam mana obsesnya aku nak jadi cantik tapi takde rezeki lagi . Cuci muka kalau boleh nak 4 kali sehari bukan tu je , setiap malam kena pakai putih telur dekat muka . MashaAllah ! sampaikan Puan Ibu pun dah naik meluat dengan aku asyik " ibu nak beli ni , elok untuk muka " , bila Puan Ibu dengar terus melolong tak pandang aku hahaha yela aku faham aku faham tak mengapalah .






Tabiat buruk lama aku mula balik iaitu ' Diet tak tentu masa ' hanya semata-mata nak kurus gitu bah . Apa aku selalu buat ialah makan maggi waktu pagi , tengahari tak makan , malam kena makan before pukul 9 . Tapikan " macam ada yang tak kena " hahaha nak kurus tapi maka maggi memang takkan menjadi , ye itu apa aku fikir mula-mula tapi takpelah . Jadi bila sekolah buka nanti kalau ada orang tegur " weh makin gemuk , muka makin bulat hahaha " automatically I'll cut their mouth with sharp knife . 




Notis : Doakan saya kurus dan putih melepak dalam masa yang terdekat ye . Terima Kasih

Tuesday, December 23, 2014

Keburukan Tidur Lewat dan Bangun Lambat

Assalamualaikum



Lama tak update blog , mungkin dah berkurun atau berdekad atau apa-apa jelah . Okay back to the topic yang dipaparkan diatas . Sudah disedia maklum bahawa tidur lewat amatlah tidak digalakkan apalagi bangun lambat . Zaman sekarang bukan anak bujang saja yang selalu lambat bangun , anak dara pun ada ye . Dah rupa macam janda takde anak hahaha . 


Setiap manusia haruslah tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari agar proses de-toxification berjalan dengan lancar . Korang mesti fikir " apa benda proses de-toxification tu ? " hahaha sabarlah nak terang satu-satu ni . Okay ready ?



Ketahui bagaimana tubuh kita berfungsi :


( 9pm - 11 pm ) Malam 

adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals( de-toxification) yang tidak diperlukan dalam sistem lymph nodes( antibodi ) . Ketika waktu inilah tubuh badan kita harus berada dalam keadaan tenang dan relax seperti berada di tepi pantai . 

Nasihat : Ketika proses ini berlangsung adalah tidak digalakkan suri rumah melakukan sebarang kerja rumah atau menjaga anak kerana ini akan memberi kesan negatif pada kesihatan anda sendiri .



( 11pm - 1am ) Malam 

proses de-toxification dalam hati , secara idealnya dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak .



(1am - 3am ) Tengah Malam 

proses de-toxification pada hempedu , secara idealnya dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak juga .




( 3am - 5am ) Tengah Malam

proses de-toxification di bahagian paru-paru . Ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat . Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke pernafasan , kita tidak perlu mengambil sebarang ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses tersebut .




( 5am - 7am ) Pagi 

berlakunya proses di bahagian usus besar dan anda haruslah mengosongkan usus anda ketika itu .




( 7am - 9am ) Pagi

penyerapan usus gizi pada usus kecil , kita harus mengambil sarapan ketika ini . Jika anda sakit , anda perlulah mengambil sarapan lebih awal iaitu pada pukul 6.30pagi . Jika anda ingin kekal cergas anda digalakkan untuk mengambil sarapan sebelum pukul 7.30pagi . 


Nasihat : Kepada mereka yang selalu tidak ambil sarapan , diharapkan mengubah tabiat anda
kerana ini akan menganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh badan . 



Haaa ! sekarang anda sudah tahu kenapa kita semua perlu tidur dengan cukup dan sempurna . Jadi mari sama-sama ubah tabiat yang teruk dalam diri kita ni dalam dengan kadar segera . Untuk pengetahuan wanita-wanita sekalian , tidur lewat dan bangun lambat boleh menyebabkan muka kita nampak tua dan kusam seperti tidak bermaya . Siapa nak cantik tu berkorbanlah sikit ye macam saya hahaha . 


Sekarang saya nak kongsi punca-punca utama kalau selalu di biasakan tidur lewat anda itu . Salah satu daripada puncanya ialah Kerosakan Hati . Tak takut ke ? Sedarlah sebelum kena ye . 



Punca Utama Kerosakan Hati 

- tidur lewat dan bangun lambat adalah salah satu punca utamanya .
- tidak membuang air kecil di waktu pagi .
- terlalu banyak makan .
- tidak mengambil sarapan pagi .
- mengambil terlalu banyak ubat .
- megambil terlalu banyak bahan pengawet , aditif , perasa tiruan dan sebagainya .
- elakkan mengambil makanan berminyak ketika sedang letih melainkan anda betul-betul fit .
- mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban kepada hati .




p/s : thankyou for reading .