Friday, July 01, 2016

SABAR ft. DOA

Assalamualaikum



Lama tak update blog. Sembang haritu nak update Study Tips Part II tapi niat tak kesampaian bila kemalasan mula menyelubungi diri aku. Nak habaq la ni exam mid-year aku dah lepas, alhamdulillah mana yang boleh buat tu lulus lah yang takat kepala masuk aiyor tu faham-faham la memang markah cukup cukup makan, kalau ikutkan memang tak boleh makan entah-entah nak beli pun tak lepas. Aku faham lawak aku mungkin tak sampai kalau sampai, syukur! 


Bulan-bulan puasa banyak betul dugaan datang tapi benda paling menduga kita ofcourse la cuaca. MashaAllah macam dekat arab dah aku rasa tapi macam mana orang arab maintain kulit putih tapi bila sampai dekat aku kulit macam kena goreng dengan arang. Rasa macam nak isytiharkan je bahawa tahun ini aku akan beraya dengan kulit gelap tak macam tahun sebelum ni *sembang kencang* bukan apa kalau boleh nak consume kcolly ala-ala korea tu tapi ibu tak kasi katanya takut anak dia putih sangat nanti ramai orang beratur nak masuk minang *gelak jela kau walaupun tak kelakar * Since masuk sekolah menengah ni, aku experienced too many things sehinggakan aku jadi siapa aku yang sekarang. Dulu jenis yang suka dengar problem orang sampai sanggup menyampuk lalat-lalat bersembang nak tahu apa berlaku tuptuptup diri sendiri kena kecam dengan member tapi itu dulu.


Bak kata siapa penyanyi kecik tu "aku yang dulu bukanlah yang sekarang" haaa! sekarang ni kalau boleh semua masalah orang kalau boleh masalah member sendiri pun taknak ambil tahu tapi dah cerita sampai ke telinga kita, so dengar jelah bab nak hebohkan tu pandai-pandai la kau cover tapi alhamdulillah setakat ni aku boleh dikira sebagai menyimpan rahsia terbaik di alam semesta kejap belum habis lagi hishhhh " buat sementara waktu " hahahah. Rasa macam nampak jahat pulak tapi takpelah kau bukan tuhan nak tentukan aku masuk syurga ke neraka Ya Allah syiqah! HAHAHAHHA 




Aku tak rasa ada yang boleh mengaku dia tak pernah rasa marah sepanjang hidup dia di dunia. Tapi kau boleh imagine tak bila kau kena face to face dengan orang baran? Ya Allah aku nak menulis tapi gambar atas tu menggangu concentration aku hahahaha. I'm not saying that aku seorang yang pandai bersabar but indeed I am! Bukti? When im angry, aku mula menangis. Tapi nowadays, bila orang jenis yang kuat menangis ni di label sebagai "manja gedik" but depends la dengan reason kenapa kau menangis kalau setakat pen kena curi nak menangis haa kau layaklah kena kutuk. For me, if someone is angry, stay quiet don't even say a word, even niat kau sebenarnya nak comfort dia. Kemarahan seseorang hanya bertahan dalam 4 minit dan selebihnya adalah ego. Ego is a very bad thing u know. It can destroyed ur friendship and relationship. So peringatkanlah diri sendiri, bila marah duduk diam, tarik nafas dalam dalam and berdoa. Nampak mudah tapi susah nak buat sebab zaman sekarang ni banyak manusia yang jenisnya 'sikit-sikit marah' .


But do you know that kemarahan dalam diri seseorang itu wujud kerana stress dengan kehidupan duniawi ini. Indeed yalls! Mana tak nya, dekat sekolah asyik kena membebel dengan guru, kena deal dengan member, balik homework bertimbun. Kalau yang dah university nya, class dari pagi sampai petang, assigment tinggi macam gunung everest, boyfriend tetiba ajak pergi iftor sesama, pop-quiz tetiba haaa! Bila masuk alam pekerjaan, datang office pagi-pagi bila punch card ada tanda merah, kena deal dengan client, anak muridnya, dengan boss lagi, bila balik jalan jem tuptuptup rupanya tol buka dua lane je out of seven lane. Stress woooo! Lagi-lagi macam aku cakap tadi dengan cuaca nya macam apa je, bila panas complain bila hujan complain. Turun salji nanti, mula solat taubat takut-takut dah nak kiamat *jangan serious sangat, contoh je* 


Aku tak pernah jumpa orang yang tak pernah complain tentang apa-apa dalam hidup dia. Mungkin belum lagi atau memang tak wujud di muka bumi ini mana tahu kan! Aku pun suka complain itu ini so diantara awak dan saya, kita tiada bezanya kecuali jantina yang membezakan kita. 


lekat ayat ni dalam otak kuat-kuat :) 


Before I end my story, nak habaq sikit. Kalau kau kena deal dengan orang yang suka mengutuk kau ke member talam dua muka ke orang yang jenis suka jatuhkan diri kau ke apa ke, just keep quiet! Memanglah ada orang kata, jangan biar orang jatuhkan maruah kita tapi daripada kau membazir air liur kau nak tegakkan keadilan dengan manusia kurang ilmu macam tu baik kau diam. Sebab orang jenis suka buat kau marah ni sebenarnya nak tengok reaksi kau je, dia paling suka bila kau marah. Cuba kau rilex chill senyum gelak, confirm menggeletar dia diam tersipu malu.






NOTE:-  Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang membaca. Kalau ada yang terasa tu mohon dihadamkan sahaja jangan berdendam :)












Monday, May 02, 2016

STUDY TIPS

Assalamualaikum



Since dah dekat nak exam ni aku merajinkan diri nak update blog sikit pasal study tips. Tapi percayalah, banyak mana tips aku dapat gigih salin dalam note tampal dekat dinding bilik, aku still end up dengan tengok tv dari pagi sampai malam lepastu bila terfikir buku barulah insaf tapi itu pun tengok buku je fikir fikir fikir fikir last-last tak study pun. Aku sarankan korang tolong jangan contohi sikap aku, sebab aku ni hebat dalam study last minute. Hebat gila tapi biasalah otak cramp, itu biasa dah tu lepastu nanti mulalah menyesal "kenapalah aku tak study last week lagi bodohlah aku ni" tapi next exam buat benda sama and mengeluh benda yang sama BIJAK! 

Today cuti buruh so aku baik hati sikit nak update blog. But for your information, semua tips yang bakal korang baca adalah dari segi perspktif diri aku sendiri. Nak buat taknak buat itu semua hak korang. I'm here just to share some tips for some good reasons.


CLEAN YOUR STUDY TABLE/BEDROOM & DECORATE IT

This is a very first step yang korang kena ambil tahu. Sebab apa? Pernah tak korang rasa malas nak study bila tengok bilik and your study table bersepah, penuh dengan buku and other stuff. For your information, mood nak pergi sekolah or nak study bergantung pada situasi atau keadaan rumah kita. The messy house we have, the lazier we become. Rajin-rajinlah kemas bilik and decorate sikit-sikit bagi sedap mata memandang. Trust me, lepas penat mengemas semua benda itu ini, kita akan puas hati gila dengan hasilnya. It just depends whether kita rajin or tak. Tapi tak semua orang even bilik kemas gila pun but still malas study, ada je jenis manusia macam ni tapi ikutlah. Lain orang lain jenisnya. 


Haaa kan seronok kalau study table aku macam hahahahahha:')


WRITE SOME NOTES

Penting, untuk orang yang cepat pelupa macam aku. Tapi aku jenis lepas dah tulis nota semua mulalah lupa mana aku letak selalu terjadi, saya dah biasa uhuu. Buat sesiapa yang ego tinggi rasa diri dah pandai tahap Albert Einstein tu harap-harap cepat sedar diri sikit yang kau tu jenis pelupa orangnya walaupun otak masih berfungsi. Alah! student biasalahkan, time cikgu ajar "haa aku dah tahu macam mana nak buat" "ohh macam tu haa okay faham" "boleh ingatlah dun worry" tup tup tup sampai rumah mula wassap kawan "weh soalan tutt tutt macam mana nak buat ah, aku lupa aduh" lepastu mula rasa menyesal kenapalah aku tak salin nota cikgu tapi. Lagi lagi bila ada kawan jenis yang taknak tolong or kedekut ilmu ni ataupun suka balas wassap 10minit before pergi sekolah. Ada tau kawan macam ni, jangan ingat mereka tak wujud. Jadi rajin-rajinlah salin nota mana tahu berguna untuk anak cucu kelak cewahh! Kalau ada adik adik kecil tu haaa baguslah nanti deme guna nota kau je. Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim lagi kan bagus hahahha. Lagi bagus kalau ada notebook spesifik untuk setiap subjek. Takdelah kau jenuh nak selak page nak cari nota admet cikgu tadi lepastu kena selak lagi nak cari nota fizik. Aduh serabut! bila dah serabut rasa malas nak study, bila dah malas haaa faham-faham sendirila kamu ye ehee.




FOCUS TIME BELAJAR

Pernah tak korang rasa, korang dah salin semua nota cikgu bagi tapi still tak faham itu ini? Selalu terjadi untuk student yang kurang fokus time cikgu tengah mengajar, macam aku. Time cikgu mengajar mulalah fikir "balik ni nak ajak ibu pergi mcd la nak beli gcb emm dapnyaa!!" "bila exo nak comeback ni emm" "malam ni ada cerita clever girl yess!" lagi lagi jenis yang kuat berangan, aduhh payah! Dahlah tak fokus dalam kelas, balik sekolah bukannya nak study main game tengok tv main wassap call boyfriend update moment wechat dan sama waktu dengannya. Cikgu tuisyen aku pernah cerita, dia jenis yang tak suka study dekat rumah selalu tengok tv tapi dia still cemerlang time exam sebab dia jenis yang fokus time dalam kelas. Lepas cikgu tu cerita aku try buat experiment keatas diriku, Alhamdulillah makin bodoh jadinya sikitlah. Aku membuat rumusan bahawa cerita yang cikgu tuisyen aku bagitahu tu tidak benar dan tidak berjaya keatas semua student, macam aku *menari tarian zumba* 

Tak kesahlah member kelas kau tu ada anak lelaki Que Haidar ke adik Neelofa ke sesiapa jela but remember tu stay focus in the class. Think! Parents korang gigih bangun pagi hantar pergi sekolah dengan niat nak anak dia belajar elok-elok tapi end up dapat result spm straight G+ . So remember to stay focus in the class okay?!

gila mcam mana dia tulis haaa 


ALWAYS DO REVISON 

Sentiasa buat revision untuk subjek yang korang lemah macam admaths, mathematics, physics, chemistry dan sebagainya. This to keep ur brain tak lupa formula dia or whatever. The more practice you do, the more your brain going to remember, mashaAllah entah betul entah tidak ayat aku ahahahahah tapi janji fahamlah maksud dia tu ye. Bila dah dapat jadual exam tu, cepat-cepat buat jadual belajar. Decide mana satu kena study itu ini jangan ikut mood takut nanti menyesal sebab mana tahu mood kau jenis yang suka study sejarah je haaa kan payah macam aku esok nak exam b.melayu sampai sekarang masih study sejarah hahahah. Tapi abaikanlah aku ni loll. 



So sampai sini jela dulu sebab aku pun sibuk nak study for my mid-year exam bukan korang je ambil exam okay hehehe. Jangan lupa subscribe so that korang tak terlepas untuk STUDY TIPS (PART II) tapi biasalah maybe next month aku baru update sebab this week dah start exam so aku punya busy tu lain macam sikit macam jaga anak cehh takdelah. Apa-apa pun goodluck for all of you yang bakal ambil exam. Byee assalamualaikum :D





Note : Stop comparing yourself to other, just go study