Sunday, November 09, 2014

Life



Assalamualaikum


malam ni mood aku agak baik sebab petang tadi dapat tengok movie dengan kakak aku tengok cerita Interstellar . Sumpah , tak dinafikan lagi kalau aku dapat jumpa director cerita tu aku nak hentak kepala dia ataupun tendang lutut dia sebab buat movie yang paling aku tak boleh lupakan . Speechless , Incredible and Amazing semua ada masa kau tengok movie . Okay macam biasa isi pertama sentiasa takde kena mengena dengan tajuk entry ni apa kau boleh selain baca dan jangan pernah berhenti sebab Allah benci orang buat kerja separuh jalan yedak ? Hahaha .


Kau perasan tak dalam dunia ni ada macam-macam jenis orang ? Kau boleh digelarkan sebagai ' buta ' kalau tak perasan sebab untuk pengetahuan kau orang sekeliling kau yang kau sayang dan kau percaya sekarang mesti akan cakap buruk pasal kau walaupun sikit je . Memang ramai tak sempurna jadi jangan gelarkan kawan baik kau atau kawan sehidup semati kau tu sangat-sangat sempurna hanya sebab kau tak pernah dengar dia kutuk kau sedangkan belakang kau dia begitu gembira dan bangga dapat cakap buruk pasal kau .


Aku ada kawan baik dan aku jujur tak semuanya suka perangai aku sebab aku ni jenis yang bajet dan ganas . Suka menjerit dan jeling-jeling orang . Rasa marah tu memang ada bila dapat tau diorang tak suka kita  tapi apa boleh buat weh selain kau kena terima dengan hati terbuka dan redha je . Kau cubalah jadi baik mana sekalipun pasti akan ada sekumpulan manusia yang cukup benci kau dan kutuk kau . Apalagi kalau kau memang teruk selalu buat salah sampai masuk disiplin tiap-tiap hari dan kau dah boleh anggap bilik disiplin sekolah tu macam rumah kau sendiri . Manusia suka hukum dan menilai kesalahan orang lain , sebab apa ? Sebab tak semua manusia sempurna selain Allah S.W.T .





Bila kita kena bahan , kena kutuk , kena maki , hanya Allah je tahu apa perasaan kita waktu tu . Ada manusia boleh sabar dan ada jugak manusia yang tak boleh sabar . Bayangkanlah sekarang kau seronok bahan orang segala and oneday kau kena balik apa kau rasa ? Kena bahan bagai mengalahkan kontrovesi artis hollywood baru kau tahu rasa dia dan waktu tu kau tahu perasaan orang yang kau bahan tu . Manusia ni sentiasa leka dan terlalu bangga dengan diri sendiri walaupun dalam melakukan perkara yang boleh membawa dirinya ke jalan yang dimurkai Allah . 


Aku tulis entry ni mesti korang fikir aku tengah gaduh ataupun saja cari pasal , wahh hebat ! kenapa mausia zaman sekarang suka bersangka buruk ? haha tak mengapa . Aku baru stalk abang eijat punya blog dan terbaca entry dia pasal ' life ' dan aku pun terdetik nak buat sebab selama aku hidup bernafas di dunia dah lebih 14 tahun , macam-macam aku dah tempuhi . Ada yang manis ada yang pahit dan ada yang masam . Aku jenis yang tak minat share story kesedihan aku , kalau ada pun semua benda tu tak berapa sedih ataupun tak berapa menyakitkan . Jadi kepada semua pembenci aku ataupun sesiapa sahaja yang tak berminat nak kawan dengan aku , tolong jaga perangai . Tak payah show off aku benci aku sangat hanya jauhkan diri dari aku . Tak payah nak kutuk bagai ye . Sekian .



NOTIS : Lepas baca entry ni tolong banyak-banyak beristighfar . 




Thursday, March 27, 2014

Pernah tak ?

Pernah tak ,
Korang terfikir benda yang aku asyik post selama ini tak pernah ada faedah .
Pernah tak ,
Korang terfikir yang sebenarnya aku takde idea nak masukkan dalam entry kali ini .

Hahaha . Baru kejap tadi stalk blog abang Eijat Abdullah . Ingat entry lama punya , rupanya dia dah update yang baru . Ada dua entry baru and I was like " Doh bila dia update ? " . Aku memang double triple minat gila dengan dia . Bukan sebab rupa tapi sebab dia macam , entah aku pun tak dapat describe pasal dia yang pasti aku minat dia . Lu jangan marah ya :)


Sejak dari bulan lepas mungkin , rambut aku tak habis-habis gugur . Kalau sikit-sikit takpe ini sampai hmm susah nak cakap tapi nasib tak botak . Mungkin rambut aku gugur tapi mungkin juga dalam masa gugur itu ada rambut baru yang tumbuh . Sampai bilalah rambut aku nak gugur aku pun tak tahu . Dulu elok je cantik berseri rambut sampaikan aku rimas gila babeng sebab terlalu tebal . Ugh 


Aku dok hadap komputer sekarang nak update entry , korang mesti ingat dalam kepala otak aku dah penuh gila dengan idea yang bernas lagi bernanas tanpa biji . Sedangkan otak aku berhempas pulas nak fikir ayat-ayat terbaik lagi terbilang buat penonton-penonton sekalian ( penonton hamprak mu ! ) Tapi aku yakin pada diri jelah yang entry aku bagus walaupun tak berapa bagus tapi bagi aku tetap bagus walaupun korang rasa kurang bagus tapi tak mengapa tetap bagus bagi aku ( berapa kali nak ulang bagus daaa tambi ! )





Cuti panjang nih aku tak pergi mana-mana hanya balik KL ambil kakak jumpa pakcik makcik nenek atok sedara mara abang kakak ipar anak buah dan sebagainya . Makan masakan nenek aku yang superb . Sembang dengan atok aku yang gaya macam rapper . Melayan anak kecil yang bermain-main buat aku rasa nak teranjang bila diorang buat bising . Nasib aku buat entry nih dalam keadaan tenang walaupun ada manusia yang sedang bising tapi nasib sorang sedara kecik aku sorang tuh belum datang lagi . Fuhhh !




Ah pernah tak korang rasa macam FAK ! bila internet slow gila nak mampus time korang tengah seronok-seronok dengan website yang diminati . Bagi aku sumpah macam " ASDFGHJKL ! " rasa nak balik rumah paktam aku je . Tapi kalau balik rumah paktam aku memang tak berhenti hadap laptop sebab internet laju 
gila macam buggati atau motorsikal duccati . Hahahaha !


Nasiblah kasut dah basuh , baju dah basuh lagi gosok , kerja sekolah dah siap , kiranya semua dah beres lah ! Dapat pergi tuition dengan tenang jumpa crush kesayangan yang macam fak fak ! Haishhh . Lepas buka sekolah nih confirm cukup stress dengan belajar , tugas lagi . Mohon sekolah di tangguhkan sebagaimana PBS ditangguhkan atau lebih baik lagi cantik kalau sekolah dimansuhkan :)