Assalamualaikum
Lama tak update blog. Sembang haritu nak update Study Tips Part II tapi niat tak kesampaian bila kemalasan mula menyelubungi diri aku. Nak habaq la ni exam mid-year aku dah lepas, alhamdulillah mana yang boleh buat tu lulus lah yang takat kepala masuk aiyor tu faham-faham la memang markah cukup cukup makan, kalau ikutkan memang tak boleh makan entah-entah nak beli pun tak lepas. Aku faham lawak aku mungkin tak sampai kalau sampai, syukur!
Bulan-bulan puasa banyak betul dugaan datang tapi benda paling menduga kita ofcourse la cuaca. MashaAllah macam dekat arab dah aku rasa tapi macam mana orang arab maintain kulit putih tapi bila sampai dekat aku kulit macam kena goreng dengan arang. Rasa macam nak isytiharkan je bahawa tahun ini aku akan beraya dengan kulit gelap tak macam tahun sebelum ni *sembang kencang* bukan apa kalau boleh nak consume kcolly ala-ala korea tu tapi ibu tak kasi katanya takut anak dia putih sangat nanti ramai orang beratur nak masuk minang *gelak jela kau walaupun tak kelakar * Since masuk sekolah menengah ni, aku experienced too many things sehinggakan aku jadi siapa aku yang sekarang. Dulu jenis yang suka dengar problem orang sampai sanggup menyampuk lalat-lalat bersembang nak tahu apa berlaku tuptuptup diri sendiri kena kecam dengan member tapi itu dulu.
Bak kata siapa penyanyi kecik tu "aku yang dulu bukanlah yang sekarang" haaa! sekarang ni kalau boleh semua masalah orang kalau boleh masalah member sendiri pun taknak ambil tahu tapi dah cerita sampai ke telinga kita, so dengar jelah bab nak hebohkan tu pandai-pandai la kau cover tapi alhamdulillah setakat ni aku boleh dikira sebagai menyimpan rahsia terbaik di alam semesta kejap belum habis lagi hishhhh " buat sementara waktu " hahahah. Rasa macam nampak jahat pulak tapi takpelah kau bukan tuhan nak tentukan aku masuk syurga ke neraka Ya Allah syiqah! HAHAHAHHA
Aku tak rasa ada yang boleh mengaku dia tak pernah rasa marah sepanjang hidup dia di dunia. Tapi kau boleh imagine tak bila kau kena face to face dengan orang baran? Ya Allah aku nak menulis tapi gambar atas tu menggangu concentration aku hahahaha. I'm not saying that aku seorang yang pandai bersabar but indeed I am! Bukti? When im angry, aku mula menangis. Tapi nowadays, bila orang jenis yang kuat menangis ni di label sebagai "manja gedik" but depends la dengan reason kenapa kau menangis kalau setakat pen kena curi nak menangis haa kau layaklah kena kutuk. For me, if someone is angry, stay quiet don't even say a word, even niat kau sebenarnya nak comfort dia. Kemarahan seseorang hanya bertahan dalam 4 minit dan selebihnya adalah ego. Ego is a very bad thing u know. It can destroyed ur friendship and relationship. So peringatkanlah diri sendiri, bila marah duduk diam, tarik nafas dalam dalam and berdoa. Nampak mudah tapi susah nak buat sebab zaman sekarang ni banyak manusia yang jenisnya 'sikit-sikit marah' .
But do you know that kemarahan dalam diri seseorang itu wujud kerana stress dengan kehidupan duniawi ini. Indeed yalls! Mana tak nya, dekat sekolah asyik kena membebel dengan guru, kena deal dengan member, balik homework bertimbun. Kalau yang dah university nya, class dari pagi sampai petang, assigment tinggi macam gunung everest, boyfriend tetiba ajak pergi iftor sesama, pop-quiz tetiba haaa! Bila masuk alam pekerjaan, datang office pagi-pagi bila punch card ada tanda merah, kena deal dengan client, anak muridnya, dengan boss lagi, bila balik jalan jem tuptuptup rupanya tol buka dua lane je out of seven lane. Stress woooo! Lagi-lagi macam aku cakap tadi dengan cuaca nya macam apa je, bila panas complain bila hujan complain. Turun salji nanti, mula solat taubat takut-takut dah nak kiamat *jangan serious sangat, contoh je*
Aku tak pernah jumpa orang yang tak pernah complain tentang apa-apa dalam hidup dia. Mungkin belum lagi atau memang tak wujud di muka bumi ini mana tahu kan! Aku pun suka complain itu ini so diantara awak dan saya, kita tiada bezanya kecuali jantina yang membezakan kita.
![]() |
| lekat ayat ni dalam otak kuat-kuat :) |
Before I end my story, nak habaq sikit. Kalau kau kena deal dengan orang yang suka mengutuk kau ke member talam dua muka ke orang yang jenis suka jatuhkan diri kau ke apa ke, just keep quiet! Memanglah ada orang kata, jangan biar orang jatuhkan maruah kita tapi daripada kau membazir air liur kau nak tegakkan keadilan dengan manusia kurang ilmu macam tu baik kau diam. Sebab orang jenis suka buat kau marah ni sebenarnya nak tengok reaksi kau je, dia paling suka bila kau marah. Cuba kau rilex chill senyum gelak, confirm menggeletar dia diam tersipu malu.
NOTE:- Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang membaca. Kalau ada yang terasa tu mohon dihadamkan sahaja jangan berdendam :)


