Wednesday, September 14, 2016

Almost there......yet still far.

Assalamualaikum




Setiap kali entry baru je mesti mula dengan "Lama tak update blog...." aku pun bosan juga. Nak bagi gempak tak pandai pulak jadi aku mulakan pembuka kata aku dengan penuh rendah diri cewahh hahahaha. Before aku start nak membebel nak lah juga ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua umat islam dekat malaysia (cadangnya nak tulis luar negara sekali tapi manada yang baca pun loll). Aku perasan ada lain macam sikit raya korban tahun ni. Selalunya orang sibuk melapah lembu, potong bawang nak masak sup, anak-anak muda sibuk nak tengok lembu kena korban tapi tahun ni agak janggal bagi aku sebab instagram penuh dengan gambar semua followers and following aku pergi bercuti. Ada pergi tepi pantai pergi melawat saudara-mara em tak sibuk pun cuma aku tak biasa sebab dah bertahun-tahun setiap kali raya korban balik kampung langat tengok korban lembu dengar budak jerit darah mercik-recik, ada scene di mana lembu dah sembelih tapi bangun balik sihat walafiat wehhh depan mata aku fuh tak boleh lupa ingat lagi lembu tu warna putih comel macam aku ehem sorry k.


Okay back to the topic, kejap aku pun taktahu topic apa hahahaha tbh aku lupa nak tulis pasal apa lepas cerita pasal lembu loll lawaknya. Haaaa! Sebentar tadi pergi bershopping dengan kakak aku kejap nak cari lipstik baru dia, otw balik tu entah dari mana datangnya tertimbul topik masa depan. Aku macam seronok juga tapi disebabkan kakak aku ni seorang budak engineer jadi otak dia dah lain macam. Aku pun taktahu macam mana boleh terdetik cakap nak jadi budak law sebab aku suka sejarah. Kakak aku tak halang but! dia kata kalau boleh cari cita-cita lain sebab jadi peguam or hakim membawa kita selangkah ke neraka. Mula-mula macam "wtf?!" jugala tapi nasib otak aku cerdas so fahamlah maksud kakak aku, harap kalian pun begitu hahahahha. 


Aku just cakap aku minat membaca and hafal macamtu je (tbh aku tak suka baca novel dgn buku teks) and suddenly kakak aku suggest aku suruh pilih jadi doktor. OMGGGGGGG!!!! Aku terfikir nak jadi doktor tapi macam takkanlah bio aku pun kelaut tapi tak sampai tengah laut lagi sebab belum hanyut cuma macam "boleh ke aku???????" tiba-tiba rasa nak jadi negatif hahahaha. Mana taknya aku ni dahlah lemah matematik lepastu naik form 4 ni dapat subjek baru addmaths haaaa memang innalillah la aku kiranya. Paling parah bila dekat kelas cikgu ajar elok je bagi soalan kbat pun alhamdulillah boleh jawab tetiba masuk exam dia tanya soalan macam aku tak pernah belajar, mati katak aku nak jawab lagi-lagi duduk depan cikgu wehhh nak meniru pun tak dapat hahahaha.


And the end aku kata nak jadi arkeologi (macam salah je ejaan dia lantaklah) sebab dia lebih kepada mengkaji meneliti sama macam belajar sejarah. Time cikgu bercerita aku nampak macam blur ngantuk tapi sebenarnya aku imagine so semangat tu membuak lepastu takde tanya soalan bodoh-bodoh macam classmate aku hahahahaha takdelah gurau je. TAPI!!!! mashaAllah banyaknya tapi hahahaha tapi kakak aku kata bidang tu kurang dekat malaysia or memang takde langsung em aku start rasa macam seronok je tetiba boleh study luar negara ahahahaha tapi bila fikir realiti hidup sendiri aku mula kembali ke pangkal jalan alhamdulillah!


Penatlah juga fikir nak pilih course apa cita-cita apa even aku dah tetapkan cita-cita nak jadi juruterbang tapi kalau fizik matematik aku kelaut, boleh terhempas kapal terbang lepastu hilang macam MH370 fffuuhhhh taknak aku! Bila cakap nak jadi juruterbang je semua member be like "macam kau nak kahwin do?"emm kesianlah kau anak sorang jelah nanti entah-entah takde anak langsung" "kesian suami kau kena duduk rumah" hahahahaha lawak do tapi realiti! Bila rasa macam "haaa lantaklah lambat lagi" padahal lagi 2 tahun ehh bukan-bukan setahun lebih je. Sekarang dah bulan 9 tahun depan aku dah spm lepastu kena pilih course lepastu dah grad lepastu lepastu ya Allah!! Lajunya masa berjalan rasa macam baru semalam aku ambil keputusan upsr kot hahahahaha.


Dulu-dulu bolehlah ada masa nak fikir besar nak jadi apa nak kahwin dengan siapa nak duduk dekat mana bila dah besar ni rasa macam semua benda tak kena semua benda ada kekurangan. Dulu kalau bodoh matematik rasa okay je tapi bila dah besar ni haaa malu weh memang tak tipu. Tiga darab dua pun kena check kalkulator lagi otak macam dah tak bergerak hahahahha. Apa-apapun aku berserah jela yang pasti tahun depan aku confirm kena register tuition hahaha kalau tak mati la aku nak jawab spm. Doa-doakanlah aku berjaya begitu juga korang. Teringin nak hidup macam cikepal dengan jofliam semua benda pakai duit sendiri je hasil usaha sendiri takde susahkan orang syukur!!




P/S: No matter what happen just follow your dreams because Allah is the best planner. Trust him, have faith and be strong! 










Friday, July 01, 2016

SABAR ft. DOA

Assalamualaikum



Lama tak update blog. Sembang haritu nak update Study Tips Part II tapi niat tak kesampaian bila kemalasan mula menyelubungi diri aku. Nak habaq la ni exam mid-year aku dah lepas, alhamdulillah mana yang boleh buat tu lulus lah yang takat kepala masuk aiyor tu faham-faham la memang markah cukup cukup makan, kalau ikutkan memang tak boleh makan entah-entah nak beli pun tak lepas. Aku faham lawak aku mungkin tak sampai kalau sampai, syukur! 


Bulan-bulan puasa banyak betul dugaan datang tapi benda paling menduga kita ofcourse la cuaca. MashaAllah macam dekat arab dah aku rasa tapi macam mana orang arab maintain kulit putih tapi bila sampai dekat aku kulit macam kena goreng dengan arang. Rasa macam nak isytiharkan je bahawa tahun ini aku akan beraya dengan kulit gelap tak macam tahun sebelum ni *sembang kencang* bukan apa kalau boleh nak consume kcolly ala-ala korea tu tapi ibu tak kasi katanya takut anak dia putih sangat nanti ramai orang beratur nak masuk minang *gelak jela kau walaupun tak kelakar * Since masuk sekolah menengah ni, aku experienced too many things sehinggakan aku jadi siapa aku yang sekarang. Dulu jenis yang suka dengar problem orang sampai sanggup menyampuk lalat-lalat bersembang nak tahu apa berlaku tuptuptup diri sendiri kena kecam dengan member tapi itu dulu.


Bak kata siapa penyanyi kecik tu "aku yang dulu bukanlah yang sekarang" haaa! sekarang ni kalau boleh semua masalah orang kalau boleh masalah member sendiri pun taknak ambil tahu tapi dah cerita sampai ke telinga kita, so dengar jelah bab nak hebohkan tu pandai-pandai la kau cover tapi alhamdulillah setakat ni aku boleh dikira sebagai menyimpan rahsia terbaik di alam semesta kejap belum habis lagi hishhhh " buat sementara waktu " hahahah. Rasa macam nampak jahat pulak tapi takpelah kau bukan tuhan nak tentukan aku masuk syurga ke neraka Ya Allah syiqah! HAHAHAHHA 




Aku tak rasa ada yang boleh mengaku dia tak pernah rasa marah sepanjang hidup dia di dunia. Tapi kau boleh imagine tak bila kau kena face to face dengan orang baran? Ya Allah aku nak menulis tapi gambar atas tu menggangu concentration aku hahahaha. I'm not saying that aku seorang yang pandai bersabar but indeed I am! Bukti? When im angry, aku mula menangis. Tapi nowadays, bila orang jenis yang kuat menangis ni di label sebagai "manja gedik" but depends la dengan reason kenapa kau menangis kalau setakat pen kena curi nak menangis haa kau layaklah kena kutuk. For me, if someone is angry, stay quiet don't even say a word, even niat kau sebenarnya nak comfort dia. Kemarahan seseorang hanya bertahan dalam 4 minit dan selebihnya adalah ego. Ego is a very bad thing u know. It can destroyed ur friendship and relationship. So peringatkanlah diri sendiri, bila marah duduk diam, tarik nafas dalam dalam and berdoa. Nampak mudah tapi susah nak buat sebab zaman sekarang ni banyak manusia yang jenisnya 'sikit-sikit marah' .


But do you know that kemarahan dalam diri seseorang itu wujud kerana stress dengan kehidupan duniawi ini. Indeed yalls! Mana tak nya, dekat sekolah asyik kena membebel dengan guru, kena deal dengan member, balik homework bertimbun. Kalau yang dah university nya, class dari pagi sampai petang, assigment tinggi macam gunung everest, boyfriend tetiba ajak pergi iftor sesama, pop-quiz tetiba haaa! Bila masuk alam pekerjaan, datang office pagi-pagi bila punch card ada tanda merah, kena deal dengan client, anak muridnya, dengan boss lagi, bila balik jalan jem tuptuptup rupanya tol buka dua lane je out of seven lane. Stress woooo! Lagi-lagi macam aku cakap tadi dengan cuaca nya macam apa je, bila panas complain bila hujan complain. Turun salji nanti, mula solat taubat takut-takut dah nak kiamat *jangan serious sangat, contoh je* 


Aku tak pernah jumpa orang yang tak pernah complain tentang apa-apa dalam hidup dia. Mungkin belum lagi atau memang tak wujud di muka bumi ini mana tahu kan! Aku pun suka complain itu ini so diantara awak dan saya, kita tiada bezanya kecuali jantina yang membezakan kita. 


lekat ayat ni dalam otak kuat-kuat :) 


Before I end my story, nak habaq sikit. Kalau kau kena deal dengan orang yang suka mengutuk kau ke member talam dua muka ke orang yang jenis suka jatuhkan diri kau ke apa ke, just keep quiet! Memanglah ada orang kata, jangan biar orang jatuhkan maruah kita tapi daripada kau membazir air liur kau nak tegakkan keadilan dengan manusia kurang ilmu macam tu baik kau diam. Sebab orang jenis suka buat kau marah ni sebenarnya nak tengok reaksi kau je, dia paling suka bila kau marah. Cuba kau rilex chill senyum gelak, confirm menggeletar dia diam tersipu malu.






NOTE:-  Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang membaca. Kalau ada yang terasa tu mohon dihadamkan sahaja jangan berdendam :)












Monday, May 02, 2016

STUDY TIPS

Assalamualaikum



Since dah dekat nak exam ni aku merajinkan diri nak update blog sikit pasal study tips. Tapi percayalah, banyak mana tips aku dapat gigih salin dalam note tampal dekat dinding bilik, aku still end up dengan tengok tv dari pagi sampai malam lepastu bila terfikir buku barulah insaf tapi itu pun tengok buku je fikir fikir fikir fikir last-last tak study pun. Aku sarankan korang tolong jangan contohi sikap aku, sebab aku ni hebat dalam study last minute. Hebat gila tapi biasalah otak cramp, itu biasa dah tu lepastu nanti mulalah menyesal "kenapalah aku tak study last week lagi bodohlah aku ni" tapi next exam buat benda sama and mengeluh benda yang sama BIJAK! 

Today cuti buruh so aku baik hati sikit nak update blog. But for your information, semua tips yang bakal korang baca adalah dari segi perspktif diri aku sendiri. Nak buat taknak buat itu semua hak korang. I'm here just to share some tips for some good reasons.


CLEAN YOUR STUDY TABLE/BEDROOM & DECORATE IT

This is a very first step yang korang kena ambil tahu. Sebab apa? Pernah tak korang rasa malas nak study bila tengok bilik and your study table bersepah, penuh dengan buku and other stuff. For your information, mood nak pergi sekolah or nak study bergantung pada situasi atau keadaan rumah kita. The messy house we have, the lazier we become. Rajin-rajinlah kemas bilik and decorate sikit-sikit bagi sedap mata memandang. Trust me, lepas penat mengemas semua benda itu ini, kita akan puas hati gila dengan hasilnya. It just depends whether kita rajin or tak. Tapi tak semua orang even bilik kemas gila pun but still malas study, ada je jenis manusia macam ni tapi ikutlah. Lain orang lain jenisnya. 


Haaa kan seronok kalau study table aku macam hahahahahha:')


WRITE SOME NOTES

Penting, untuk orang yang cepat pelupa macam aku. Tapi aku jenis lepas dah tulis nota semua mulalah lupa mana aku letak selalu terjadi, saya dah biasa uhuu. Buat sesiapa yang ego tinggi rasa diri dah pandai tahap Albert Einstein tu harap-harap cepat sedar diri sikit yang kau tu jenis pelupa orangnya walaupun otak masih berfungsi. Alah! student biasalahkan, time cikgu ajar "haa aku dah tahu macam mana nak buat" "ohh macam tu haa okay faham" "boleh ingatlah dun worry" tup tup tup sampai rumah mula wassap kawan "weh soalan tutt tutt macam mana nak buat ah, aku lupa aduh" lepastu mula rasa menyesal kenapalah aku tak salin nota cikgu tapi. Lagi lagi bila ada kawan jenis yang taknak tolong or kedekut ilmu ni ataupun suka balas wassap 10minit before pergi sekolah. Ada tau kawan macam ni, jangan ingat mereka tak wujud. Jadi rajin-rajinlah salin nota mana tahu berguna untuk anak cucu kelak cewahh! Kalau ada adik adik kecil tu haaa baguslah nanti deme guna nota kau je. Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim lagi kan bagus hahahha. Lagi bagus kalau ada notebook spesifik untuk setiap subjek. Takdelah kau jenuh nak selak page nak cari nota admet cikgu tadi lepastu kena selak lagi nak cari nota fizik. Aduh serabut! bila dah serabut rasa malas nak study, bila dah malas haaa faham-faham sendirila kamu ye ehee.




FOCUS TIME BELAJAR

Pernah tak korang rasa, korang dah salin semua nota cikgu bagi tapi still tak faham itu ini? Selalu terjadi untuk student yang kurang fokus time cikgu tengah mengajar, macam aku. Time cikgu mengajar mulalah fikir "balik ni nak ajak ibu pergi mcd la nak beli gcb emm dapnyaa!!" "bila exo nak comeback ni emm" "malam ni ada cerita clever girl yess!" lagi lagi jenis yang kuat berangan, aduhh payah! Dahlah tak fokus dalam kelas, balik sekolah bukannya nak study main game tengok tv main wassap call boyfriend update moment wechat dan sama waktu dengannya. Cikgu tuisyen aku pernah cerita, dia jenis yang tak suka study dekat rumah selalu tengok tv tapi dia still cemerlang time exam sebab dia jenis yang fokus time dalam kelas. Lepas cikgu tu cerita aku try buat experiment keatas diriku, Alhamdulillah makin bodoh jadinya sikitlah. Aku membuat rumusan bahawa cerita yang cikgu tuisyen aku bagitahu tu tidak benar dan tidak berjaya keatas semua student, macam aku *menari tarian zumba* 

Tak kesahlah member kelas kau tu ada anak lelaki Que Haidar ke adik Neelofa ke sesiapa jela but remember tu stay focus in the class. Think! Parents korang gigih bangun pagi hantar pergi sekolah dengan niat nak anak dia belajar elok-elok tapi end up dapat result spm straight G+ . So remember to stay focus in the class okay?!

gila mcam mana dia tulis haaa 


ALWAYS DO REVISON 

Sentiasa buat revision untuk subjek yang korang lemah macam admaths, mathematics, physics, chemistry dan sebagainya. This to keep ur brain tak lupa formula dia or whatever. The more practice you do, the more your brain going to remember, mashaAllah entah betul entah tidak ayat aku ahahahahah tapi janji fahamlah maksud dia tu ye. Bila dah dapat jadual exam tu, cepat-cepat buat jadual belajar. Decide mana satu kena study itu ini jangan ikut mood takut nanti menyesal sebab mana tahu mood kau jenis yang suka study sejarah je haaa kan payah macam aku esok nak exam b.melayu sampai sekarang masih study sejarah hahahah. Tapi abaikanlah aku ni loll. 



So sampai sini jela dulu sebab aku pun sibuk nak study for my mid-year exam bukan korang je ambil exam okay hehehe. Jangan lupa subscribe so that korang tak terlepas untuk STUDY TIPS (PART II) tapi biasalah maybe next month aku baru update sebab this week dah start exam so aku punya busy tu lain macam sikit macam jaga anak cehh takdelah. Apa-apa pun goodluck for all of you yang bakal ambil exam. Byee assalamualaikum :D





Note : Stop comparing yourself to other, just go study



Sunday, May 01, 2016

Mid-Year Exam

Assalamualaiakum



OMG! IT WAS 3 IN THE MORNING AND I'M STILL UPDATING MY BLOG. shut up syiqah just tulis cepat esok pagi kena bangun awal. Okay perasan tak? perasan pa mende? alaa perasan tak header aku dah tukar? haaa edit sendiri do. Entah sejak bila menjadi editnya taktahu la. Sejak lima tahun dulu aku berblogging nak buat header sendiri tak jadi tapi today miracle hit me so hard hahahahaha! okay tak lawak. Gigihnya aku menulis pepagi buta ni sebab teringin. Untungla kauorang semua kalau tak entah bila aku nak update blog ni sampai berhabuk ada sisa tahi cicak ciaciacia lawak tak jadi haa!

Nak ceritalah ni haaa nak bagitahu yang emm aku nak bagitahu yang sebenarnya mid-year exam aku minggu depan dah start oh what the hell(?) kauorang tak terkejut tapi aku ni dah beruk. hak alahhh terkejut beruk laaaa aduh slow la korang ni ceh gurau je. Rasa macam tak percaya je next week nak spm dah hahahahaha berangan jauh kau syiqah shussshhhh mid-year exam je. Tapi aku tak suka mid-year exam sebab kena cover so many sub-topics kot!!!! penat dia nak study rasa macam kau kena basuh baju sebakul pakai tangan. Okay itu takdelah penat sebab rumah aku ada mesin basuh emm(?) 


Selalunya dekat sekolah aku ni kadang-kadang pandai namati tapi selalunya aku bodoh. Bukanlah bodoh teruk sangat, bodoh jenis yang tak faham apa benda cikgu ajar tapi mata aku dekat papan putih haaa bak kata orang " mata pandang sejadah tapi otak pikir benda lain " aku taktahu la siapa cakap nanti main teka nama takut kena kecam bunuh tak di tanam ceh hahahahahhaha. Aku tak study admet lagi, fiziknya sejarah dan sebagai macam mak neneknya lagi oh stresssssssss! Tapi kenapa aku menggunakan masa yang berharga ini untuk update blog oh tolong jangan persoalkannya saya budak baik emmmmmmmmmmmmmm 




Inilah student zaman sekarang suka study last minute tapi last minute aku tak teruk mana kiranya macam last hour la tapi still boleh buat otak cramp sampai esok pagi. Pernah berlaku time first year exam, nak study sejarah lepastu kena study agama mashaAllah tepu bhaii otak. Ingat lagi aku dah nak nangis study sampai tengah malam lepastu esok pagi bangun macam nak sahur mandi lepastu study balik. Aku baca je dah kira bersyukurlah tu sekilas pandang haaa nasib boleh jawab sejarah agama elok-elok tapi markah cukup-cukup makan but still tak Top 5 HAAAAAAAA !


sakit kepala tengok benda ni banyak kali duhhh!





" YOLO stands for You only live once, so enjoy it! "