Sunday, January 25, 2015

Sekolah

Assalamualaikum



First of all ecehhh hahaha nak ucapkan congrats dekat kakpatin sebab dah bertunang . Omg jealousnya hahaha better jealous benda yang elok dari jealous dengan pasangan couple yang sweet tapi kenyataan haram . Bukan apa iolls adore gila dengan kakpatin . Kiranya dah obses habis dengan dia . Kalaulah dia kakak aku hahaha " kakak sendiri pun tak terjaga ciss " hahaha .


Apapun seperti uolls tahu sekolah dah lama start , i mean baru 2 minggu sekolah buka tapi ya allah! banyak benda dah jadi . Bukan benda buruk tapi benda elok hahaha . Tahun ni alhamdulilah semuanya baik-baik mungkin sebab dah naik kelas omg ! first day sekolah dah ada homework bertimbun macam gunung kinabalu . But .....


One of things that i really like for this year ialah my class teacher . Omg excited gila sampaikan setiap kali dia masuk kelas aku dah prepare buku atas meja , berlagak jadi budak baik duduk tempat sendiri tak bercakap macam orang bisu bila dia masuk je aku terus tak tahan nak gelak sebab seronok sangat . Almaklumlah guru kelas tahun ni lelaki hahahah .


Kira dah jadi sejarah hiduplah ni first time dapat guru kelas lelaki sebab selama ni guru kelas perempuan . Banyak bezalah juga , biasalah cikgu perempuan kan picky sikit tapi guru kelas aku ni tak pulak ( benda elok ye bukan tak elok ) dia masuk kelas mengajar , bagi homework loceng bunyi je terus keluar macam pfftt ! Tapi time dia ngajar paling lol habis hahaha .


Speaking english tak sudah . Ofcourse lah because he is my english teachers . But time dia speaking i will never perhatikan muka dia . Because it can makes me laugh really hard sampai cikgu tu tengok aku. Pernah bertentangan mata and yeahhh malu la gila ! Benda haram tu . Boleh jadi zina mata haahaha . Kenalah jadi budak baik pandang buku je .


Tak banyak benda nak cerita . And probably aku jarang dah buka blog or internet lepas ni sebab sekolah . Tahun yang penting so kena fokus hundred percent ! No play play , study smart sampai nak pecah otak . Rehat pun dah takde , makan tengahari pun lambat sebab siapkan homework . Nvmlaahh , susah susah sekarang senang senang kemudian .



Note : Doakan saya dapat score 10's in PT3 for this year :) Aminnn . God bless you !

Sunday, January 04, 2015

Anak Bongsu

Assalamualaikum



happy new year semua . Hahaha hari keempat sudah kita berada di tahun 2015 . Sedar tak sedar aku dah 15 tahun tapi belum rasmi . But yang paling pentingnya , this year im gonna sit for a big examination hahaha guess what ? yes ! PT3 . I can't believe it actually . Rasa macam cepat sangat masa berlalu tup tup aku dah makin besar hahaha " dah tu takkan makin muda kot aduhhh "



Okay apa-apa pun for my first entry for this 2015 , I nak story sikit pasal Anak Bongsu . Aku tulis ni mengikut apa yang aku dah lalui sebab aku ialah anak bongsu dari empat adik-beradik . Kiranya akulah yang paling manja . Lagi-lagi bila along aku dah kahwin duduk dekat KL , angah pulak kerja balik malam , kakak sekarang dah masuk universiti dekat penang . So ini bermakna kalau diikutkan aku tinggal sorang-sorang dekat rumah walaupun angah aku ada dekat rumah sekali . 



Jadi anak bongsu ni orang memang suka labelkan sebagai Anak Manja , Mengada-ngada , Gedik gila , Tidur bawah ketiak mak and etc . Apa boleh buat , kau kena redha seredha-redhanya . Mentality manusia memang macam tu tapi tak boleh salahkan orang juga asyik panggil kau macam tu , tengok juga pada diri sendiri . Kalau asyik nak report mak bila kawan usik sikit , kakak abang pukul tampar dah ngadu dekat ayah . Tapi aku pun dulu macam tu hahaha but ! itu dulu bukan sekarang .



Anak bongsu ni orang memang selalu kata tak pandai berdikari , asyik nak orang tolong je . Kalau takde siapa tolong haaa mengelamun bermimpilah . Kalau campak dalam hutan entah hidup ke tak . Sebenarnya anak bongsu ni ego tinggi tapi cepat mengalah . Dia suka berlagak hebat , kuat tapi bila buat sesutu perkara tu dia kena ada orang disamping dia . Kalau dia minta tolong ajarkan jangan dimarah atau tinggikan suara . Kau tengok muka dia angguk-angguk minta maaf tapi sebenarnya dia tinggalkan jasad tubuh dia je sebab dia akan rasa tak seronok nak belajar bila orang asyik tinggikan suara .



Anak bongsu ni juga sebenarnya happy go lucky . Bila dia happy jangan kau rosakkan mood dia , lantaklah mood kau rosak tapi bukan mood dia . Kalau kau rosakkan mood dia , dengan mood-mood kau pun rosak lepastu confirm tak senang duduk nak minta maaf balik . Lagi-lagi bila dah makin dewasa masuk alam remaja . Anak bongsu akan jadi cepat sensitif dengan sedikit teguran , percayalah . Macam aku , orang tegur benda kecil pun dekat luar aku okay tapi deep in my heart aku terasa gila .






Bila jejak alam remaja , dia lebih suka bersendirian tapi adakalanya dia perlukan teman untuk dengar segala cerita dia tak kesahlah gembira ke sedih ke apa ke , dengar je . Tapi kalau kau cerita masalah kau dekat dia or story pasal kenangan yang seronok dekat dia confirm dia dengar tapi sebenarnya dalam hati " weh cepatlah habis aku nak buat benda lain ni , penat ah "  



Semua tu selalu terjadi dekat aku . Tapi , anak bongsu memang seorang yang cepat pra-matang or matang . Dia mudah belajar dari kesilapan tapi selalu buat silap yang sama . Sentiasa muhasabah diri bila dalam kesedihan atau marah . Waktu kecik-kecik anak bongsu ni suka memberontak nak semua benda yang dia nak . Selagi tak dapat selagi tu la dia nangis . 



Kalau nak diikutkan bagi aku , anak bongsu memang suka makan aiskrim . Pantang nampak aiskrim . Kalau tak silap akulah sebab aku memang suka aiskrim . Balik rumah nenek je sehari kalau tak makan aiskrim tak sah sebab tauke aiskrim asyik berbunyi depan rumah dan itu sungguh menggoda .








Tapi untuk pengetahuan korang , anak bongsu yang happy go lucky setiap hari , selalu bagi family happy inilah yang selalu menangis sebelum tidur . Dia akan flashback semua yang berlaku on that day dan dia akan rasa sedih bila dia ada buat salah . Always feels like semua orang tak suka dia sebab dia anak bongsu . Orang benci dia sebab sikap dia yang dilabelkan sebagai gedik gila nak mampus . Dia selalu bagi kawan-kawan dia happy , pujuk bila kawan dia menangis , minta maaf dekat kawan bila bergaduh eventhough bukan salah dia . 



Bila orang nampak dia menangis orang mungkin sangka dia lemah tapi sebenarnya dia penat jadi kuat , tabah hati , tahan segala caci maki kawan semua . Jangan sangka air yang tenang tiada buaya . Begitulah anak bongsu . Walaupun luaran dia terima dengan rela hati segala kutukan caci maki orang tapi bila dalam bilik sorang-sorang dia menangis . Dia sentiasa rasa diri dia tak sempurna . Dia akan asyik fikir kenapa dia dilahirkan sedangkan semua orang benci dia .



Lagi-lagi anak bongsu macam aku ni , tiada tempat mengadu selain dari Allah . Abang kakak semua dah takde dekat rumah . Kawan borak semua dah pergi kejar cita masing-masing . Nak cerita dekat ibu ayah , nanti kita kena bebel balik . Sanggup tahan sedih dari pagi sekolah sampai malam . Jangan sangka anak bongsu ni takde hati , hidup sentiasa gembira , duit dalam poket kiri kanan penuh , tidur bilik cantik lengkap sedangkan dia rindu akan semua adik beradik abang kakak dia setiap hari .



Orang boleh cakap hidup sebagai anak bongsu amatlah gembira dah menyeronokkan tapi kalau kakak abang takde disamping kita , kita rasa sunyi sangat . Kadang nak harapkan kawan setiap hari bagi kita happy dengar story kita tak boleh jugak , nanti basah telinga dia . Kalau ibu ayah gaduh , kaulah saksi segala pergaduhan mereka dan kaulah jugaklah mangsanya .




Nota : Adakalanya hari kita cerah dan adakalanya hari kita mendung seperti nak hujan . Yang penting sentiasa tabah dan redha .