Wednesday, September 14, 2016

Almost there......yet still far.

Assalamualaikum




Setiap kali entry baru je mesti mula dengan "Lama tak update blog...." aku pun bosan juga. Nak bagi gempak tak pandai pulak jadi aku mulakan pembuka kata aku dengan penuh rendah diri cewahh hahahaha. Before aku start nak membebel nak lah juga ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua umat islam dekat malaysia (cadangnya nak tulis luar negara sekali tapi manada yang baca pun loll). Aku perasan ada lain macam sikit raya korban tahun ni. Selalunya orang sibuk melapah lembu, potong bawang nak masak sup, anak-anak muda sibuk nak tengok lembu kena korban tapi tahun ni agak janggal bagi aku sebab instagram penuh dengan gambar semua followers and following aku pergi bercuti. Ada pergi tepi pantai pergi melawat saudara-mara em tak sibuk pun cuma aku tak biasa sebab dah bertahun-tahun setiap kali raya korban balik kampung langat tengok korban lembu dengar budak jerit darah mercik-recik, ada scene di mana lembu dah sembelih tapi bangun balik sihat walafiat wehhh depan mata aku fuh tak boleh lupa ingat lagi lembu tu warna putih comel macam aku ehem sorry k.


Okay back to the topic, kejap aku pun taktahu topic apa hahahaha tbh aku lupa nak tulis pasal apa lepas cerita pasal lembu loll lawaknya. Haaaa! Sebentar tadi pergi bershopping dengan kakak aku kejap nak cari lipstik baru dia, otw balik tu entah dari mana datangnya tertimbul topik masa depan. Aku macam seronok juga tapi disebabkan kakak aku ni seorang budak engineer jadi otak dia dah lain macam. Aku pun taktahu macam mana boleh terdetik cakap nak jadi budak law sebab aku suka sejarah. Kakak aku tak halang but! dia kata kalau boleh cari cita-cita lain sebab jadi peguam or hakim membawa kita selangkah ke neraka. Mula-mula macam "wtf?!" jugala tapi nasib otak aku cerdas so fahamlah maksud kakak aku, harap kalian pun begitu hahahahha. 


Aku just cakap aku minat membaca and hafal macamtu je (tbh aku tak suka baca novel dgn buku teks) and suddenly kakak aku suggest aku suruh pilih jadi doktor. OMGGGGGGG!!!! Aku terfikir nak jadi doktor tapi macam takkanlah bio aku pun kelaut tapi tak sampai tengah laut lagi sebab belum hanyut cuma macam "boleh ke aku???????" tiba-tiba rasa nak jadi negatif hahahaha. Mana taknya aku ni dahlah lemah matematik lepastu naik form 4 ni dapat subjek baru addmaths haaaa memang innalillah la aku kiranya. Paling parah bila dekat kelas cikgu ajar elok je bagi soalan kbat pun alhamdulillah boleh jawab tetiba masuk exam dia tanya soalan macam aku tak pernah belajar, mati katak aku nak jawab lagi-lagi duduk depan cikgu wehhh nak meniru pun tak dapat hahahaha.


And the end aku kata nak jadi arkeologi (macam salah je ejaan dia lantaklah) sebab dia lebih kepada mengkaji meneliti sama macam belajar sejarah. Time cikgu bercerita aku nampak macam blur ngantuk tapi sebenarnya aku imagine so semangat tu membuak lepastu takde tanya soalan bodoh-bodoh macam classmate aku hahahahaha takdelah gurau je. TAPI!!!! mashaAllah banyaknya tapi hahahaha tapi kakak aku kata bidang tu kurang dekat malaysia or memang takde langsung em aku start rasa macam seronok je tetiba boleh study luar negara ahahahaha tapi bila fikir realiti hidup sendiri aku mula kembali ke pangkal jalan alhamdulillah!


Penatlah juga fikir nak pilih course apa cita-cita apa even aku dah tetapkan cita-cita nak jadi juruterbang tapi kalau fizik matematik aku kelaut, boleh terhempas kapal terbang lepastu hilang macam MH370 fffuuhhhh taknak aku! Bila cakap nak jadi juruterbang je semua member be like "macam kau nak kahwin do?"emm kesianlah kau anak sorang jelah nanti entah-entah takde anak langsung" "kesian suami kau kena duduk rumah" hahahahaha lawak do tapi realiti! Bila rasa macam "haaa lantaklah lambat lagi" padahal lagi 2 tahun ehh bukan-bukan setahun lebih je. Sekarang dah bulan 9 tahun depan aku dah spm lepastu kena pilih course lepastu dah grad lepastu lepastu ya Allah!! Lajunya masa berjalan rasa macam baru semalam aku ambil keputusan upsr kot hahahahaha.


Dulu-dulu bolehlah ada masa nak fikir besar nak jadi apa nak kahwin dengan siapa nak duduk dekat mana bila dah besar ni rasa macam semua benda tak kena semua benda ada kekurangan. Dulu kalau bodoh matematik rasa okay je tapi bila dah besar ni haaa malu weh memang tak tipu. Tiga darab dua pun kena check kalkulator lagi otak macam dah tak bergerak hahahahha. Apa-apapun aku berserah jela yang pasti tahun depan aku confirm kena register tuition hahaha kalau tak mati la aku nak jawab spm. Doa-doakanlah aku berjaya begitu juga korang. Teringin nak hidup macam cikepal dengan jofliam semua benda pakai duit sendiri je hasil usaha sendiri takde susahkan orang syukur!!




P/S: No matter what happen just follow your dreams because Allah is the best planner. Trust him, have faith and be strong! 










Friday, July 01, 2016

SABAR ft. DOA

Assalamualaikum



Lama tak update blog. Sembang haritu nak update Study Tips Part II tapi niat tak kesampaian bila kemalasan mula menyelubungi diri aku. Nak habaq la ni exam mid-year aku dah lepas, alhamdulillah mana yang boleh buat tu lulus lah yang takat kepala masuk aiyor tu faham-faham la memang markah cukup cukup makan, kalau ikutkan memang tak boleh makan entah-entah nak beli pun tak lepas. Aku faham lawak aku mungkin tak sampai kalau sampai, syukur! 


Bulan-bulan puasa banyak betul dugaan datang tapi benda paling menduga kita ofcourse la cuaca. MashaAllah macam dekat arab dah aku rasa tapi macam mana orang arab maintain kulit putih tapi bila sampai dekat aku kulit macam kena goreng dengan arang. Rasa macam nak isytiharkan je bahawa tahun ini aku akan beraya dengan kulit gelap tak macam tahun sebelum ni *sembang kencang* bukan apa kalau boleh nak consume kcolly ala-ala korea tu tapi ibu tak kasi katanya takut anak dia putih sangat nanti ramai orang beratur nak masuk minang *gelak jela kau walaupun tak kelakar * Since masuk sekolah menengah ni, aku experienced too many things sehinggakan aku jadi siapa aku yang sekarang. Dulu jenis yang suka dengar problem orang sampai sanggup menyampuk lalat-lalat bersembang nak tahu apa berlaku tuptuptup diri sendiri kena kecam dengan member tapi itu dulu.


Bak kata siapa penyanyi kecik tu "aku yang dulu bukanlah yang sekarang" haaa! sekarang ni kalau boleh semua masalah orang kalau boleh masalah member sendiri pun taknak ambil tahu tapi dah cerita sampai ke telinga kita, so dengar jelah bab nak hebohkan tu pandai-pandai la kau cover tapi alhamdulillah setakat ni aku boleh dikira sebagai menyimpan rahsia terbaik di alam semesta kejap belum habis lagi hishhhh " buat sementara waktu " hahahah. Rasa macam nampak jahat pulak tapi takpelah kau bukan tuhan nak tentukan aku masuk syurga ke neraka Ya Allah syiqah! HAHAHAHHA 




Aku tak rasa ada yang boleh mengaku dia tak pernah rasa marah sepanjang hidup dia di dunia. Tapi kau boleh imagine tak bila kau kena face to face dengan orang baran? Ya Allah aku nak menulis tapi gambar atas tu menggangu concentration aku hahahaha. I'm not saying that aku seorang yang pandai bersabar but indeed I am! Bukti? When im angry, aku mula menangis. Tapi nowadays, bila orang jenis yang kuat menangis ni di label sebagai "manja gedik" but depends la dengan reason kenapa kau menangis kalau setakat pen kena curi nak menangis haa kau layaklah kena kutuk. For me, if someone is angry, stay quiet don't even say a word, even niat kau sebenarnya nak comfort dia. Kemarahan seseorang hanya bertahan dalam 4 minit dan selebihnya adalah ego. Ego is a very bad thing u know. It can destroyed ur friendship and relationship. So peringatkanlah diri sendiri, bila marah duduk diam, tarik nafas dalam dalam and berdoa. Nampak mudah tapi susah nak buat sebab zaman sekarang ni banyak manusia yang jenisnya 'sikit-sikit marah' .


But do you know that kemarahan dalam diri seseorang itu wujud kerana stress dengan kehidupan duniawi ini. Indeed yalls! Mana tak nya, dekat sekolah asyik kena membebel dengan guru, kena deal dengan member, balik homework bertimbun. Kalau yang dah university nya, class dari pagi sampai petang, assigment tinggi macam gunung everest, boyfriend tetiba ajak pergi iftor sesama, pop-quiz tetiba haaa! Bila masuk alam pekerjaan, datang office pagi-pagi bila punch card ada tanda merah, kena deal dengan client, anak muridnya, dengan boss lagi, bila balik jalan jem tuptuptup rupanya tol buka dua lane je out of seven lane. Stress woooo! Lagi-lagi macam aku cakap tadi dengan cuaca nya macam apa je, bila panas complain bila hujan complain. Turun salji nanti, mula solat taubat takut-takut dah nak kiamat *jangan serious sangat, contoh je* 


Aku tak pernah jumpa orang yang tak pernah complain tentang apa-apa dalam hidup dia. Mungkin belum lagi atau memang tak wujud di muka bumi ini mana tahu kan! Aku pun suka complain itu ini so diantara awak dan saya, kita tiada bezanya kecuali jantina yang membezakan kita. 


lekat ayat ni dalam otak kuat-kuat :) 


Before I end my story, nak habaq sikit. Kalau kau kena deal dengan orang yang suka mengutuk kau ke member talam dua muka ke orang yang jenis suka jatuhkan diri kau ke apa ke, just keep quiet! Memanglah ada orang kata, jangan biar orang jatuhkan maruah kita tapi daripada kau membazir air liur kau nak tegakkan keadilan dengan manusia kurang ilmu macam tu baik kau diam. Sebab orang jenis suka buat kau marah ni sebenarnya nak tengok reaksi kau je, dia paling suka bila kau marah. Cuba kau rilex chill senyum gelak, confirm menggeletar dia diam tersipu malu.






NOTE:-  Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang membaca. Kalau ada yang terasa tu mohon dihadamkan sahaja jangan berdendam :)